MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Friday, August 5, 2011

KISAH SEMALAM....EMPAT PUASA


Ini cerita semalam..hari keempat puasa. Gambar takde. Siapa yang suka tengok gambar je..mahap la yek. =)

Semalam incik suami on duty 24 jam. Gila! sehari suntuk tak dapat tatap muka suami peliharaan..memang rindu! Heh.

Aku macam biasalah, bila incik suami takde kat rumah mood tu kedaung sikit. Moody je rasa. Selalu balik sekolah, mandi-mandi segala, lepak-lepak depan TV dengan incik suami. Petang sikit sama-sama pergi pasar Ramadhan. Memang berchenta kekdahnya. Tak tidur petang pun takpe janji dapat menatap muka suami..ceaaa! *macam kau sorang ada suami.ngeh*

Jadi bila suami keje, mulalah....muncung sedepa. Balik sekolah..tak payah mandi, terus tido dengan baju-baju kurung tu. Protes kekdahnya. Time tu dah kul 3 petang dah aku rasa. Aku kunci lah jam nak bangun kul 5, nak pergi pasar Ramadhan cari makan.

Sekaliiii.....

sedar-sedar jam dah kul 6!!

Silalah tahu bahawa waktu berbuka puasa bagi seluruh Wilayah Persekutuan Labuan adalah pada jam 6.35 petang.

Jadik???

Terkocoh-kocoh aku mandi.

Sempat lagi tinjau dapur tengok-tengok apa makanan yang ada. Ikut hati malas dah nak menapak ke pasar tu. Mesti semua gerai dah mula berkemas. Ate setengah jam lagi nak berbuka.

Masuk dapur tengok ada roti. Bolehlah kot berbuka roti jek....TAPI roti dah expired. Ada beberapa keping dah mula berkulat. Haih!!

Cari menda lain pulak..eh eh..ada Megi. Oklah ni..makan megi kan baby? TAPI.....rupanya yang tinggal cuma plastik megi kosong. Megi dah abis. Coi! Tertipu!

Nak masak nasik..goreng telur. Alamak...masa dah suntuk ni. Tak sempat tak sempat.

Sudahnya...gagah jugaklah menapak ke pasar nun. Tak jauh pun. Depan rumah jek. Dalam hati macam rasa ramai je perati aku..yelah..tinggal berapa minit nak berbuka baru kocoh-kocoh nak beli juadah. Takpelah..jalan jek.

Sampai pasar...uiii ramainya manusiaaaa.

Ingatkan semua peniaga dah pakat turun payung dah..rupanya tak..maseih meriah.

Jadi seronoklah aku membeli.

Roti john seketul.

Nasi ayam sebungkus

Karipap seringgit.

Tau fu fa semangkuk.

Fuh! Nafsu mak buyong katanya...heh.

Berselera aku berbuka semalam. Tapi sebab berbuka seekor diri, kurang sikitlah feel tu. Dalam hati macam sayu jek bila kenang incik suami kat tempat keje nun. Berbuka apalah gamaknya beliau ek. Makan nasik mes *dining tentera* je gamaknya.

Sedih.

Lepas berbuka..mandi sekali lagi segala..aku plan nak masuk tido dah ni. Malaslah nak tengok-tengok TV sorang-sorang ni..tak syiok. Heh. Tapi sempatlah main internet kejap sementara nak cari tiun tido.

Sekaliiii....


Tok tok tok! *bunyi pintu*







Abang balikkkk!!!!!!


Yep, incik suami balik keje. Katanya tak jadi duty 24 jam. Malam boleh rehat. Esok keje lagi.

Yeayyy!!

Melompat riang aku kat muka pintu.

Serius.

Aku memang betol-betol melompat sebab terlampau seronok. Habis aku peluk incik suami takde peduli orang lalu lalang nampak ke tidak.

Susah kalau mengidam suami ni.

Memanjangggg nak berkepit.

Heh.

4 comments:

  1. hahaaa..jangan lompat sangat akak..cian bb penat tau..hikhikhik

    ReplyDelete
  2. Adylia..eksaited terlebih..macam lah tak jumpa suami sebulan.haha.

    Gamaknya baby dalam perut pun melompat sama kot.hehe

    ReplyDelete
  3. xpe..aku paham....
    (sebab aku pun macam tu)....
    laki balik keje je...
    terus gedebak gedebuk lari buka pintu....
    kalau dok umah flat mau retak jela umah aku tu...hari2 lari...hahaha

    ReplyDelete
  4. Zuera...mmg duduk umah flat pun ni. Tapi nasib baiklah umah tingkat bawah sekali..kalau tak memang ada kemungkinan roboh rumah hamba.hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...