MENARIK KALI INI...*KLIK UNTUK TAHU*

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 7, 2011

MISI MENCARI BARANG BABY BERMULA



Seronok jugak berpuasa dalam keadaan berbadan dua rupanya. Bukan apa, rasa macam kalau berlapar tu ada jugaklah teman nak mengadu. Ceaaa!! Pastu kalau nak beli makanan berbuka tu mesti nak tepuk-tepuk perut dulu konon nak mintak idea dari baby la nak makan apa. Haha.

Setakat puasa 6 hari ni aku memang tak ponteng lagi. Alhamdulillah. Yang bestnya jugak, incik suami memberi motivasi dengan tidak menggalakkan aku memasak, katanya takmau tengok aku penat. Beliau takut aku sakit pinggang lagi. Fobia sungguh pakcik tu bila aku mengadu sakit pinggang. Haha.

Eh hari ni sebenarnya bukan nak cerita pasal puasa, tapi nak cerita tentang baby stuff. Maafkan je la hamba sebab dua perenggan pertama dah lari tajuk. Hehe.

Cerita tentang barang baby, setakat ni aku baru beli dua benda je untuk anak kesayangan ni.

1. Rompers Chealsea




2. Baby stroller





Hehe. Itu jek.

Jangan tanya kenapa aku beli baby stroller kemain awal. Aku pun takde jawapan. Yang aku tahu aku suka dengan design dan harganya. Sesuai dengan poket nipis aku. Hehe.

Setakat ni itu je la yang baru dibeli.

Padanlah...perut pun belum cecah 6 bulan lagi. Jadi berdikit-dikitlah.


Rancangan aku, balik cuti raya ni *sedih bila cakap pasal raya, nanti cerita kat entri lain ok*, aku nak borong barang-barang baby kat KL nun. Masa raya nanti usia baby pun dah cecah 6 bulan setengah..sedang eloklah tu nak membeli.

Aku ni kes pelik sikit.

1. Aku tinggal kat Labuan, tapi insyaallah akan bersalin dan berpantang di KL. Jadi aku rasa better aku beli barang-barang baby terutama yang nak pakai dalam pantang di KL saja. Senang. Takyah nak hangkut-hangkut pergi balik naik flight. Lotih!


2. Untuk barang-barang anak lepas cuti bersalin, aku mula cadang nak beli kat Labuan je. Al malangnya..Labuan ni sangatlah tidak banyak pilihan. Dah tu harga barang-barang baby semua mahal sikit banding harga semenanjung. Standardlah tu kan. Ate??


3. Jadi..lepas dah bincang-bincang dengan incik suami, aku rasa balik raya ni aku cuba sedaya upaya beli barang-barang baby semuanya di KL. Keperluan dalam pantang dan keperluan lepas abis cuti bersalin. Aku utamakan barang-barang semasa berpantang dulu la. Yang nak guna masa pantang nanti aku tinggal siap-siap kat Ampang. Yang mana untuk rumah Labuan, aku terpaksalah hangkut bawak balik naik flight. Mahu makan satu dua luggage nanti ni untuk barang anak jek. Huhu.


Checklist aku dah dapatkan dari mypermatahati.com. Boleh klik sini kalau nak download. Nak suruh aku emel pun boleh, sila bagitau di ruang komen.

Aku suka checklist ni sebab dia dah siap-siap bahagikan keperluan baby ikut kategori. Mana yang perlu bawak ke spital, mana yang nak guna time pantang, baby gear, baby diapering, baby toiletries and so on.

Ini contoh.






Jadinya, Ramadhan kali ni misi aku berbeza sikit lah. Selalu nak raya je membizi tak cukup tangan kaki mencari baju raya, tudung raya, kasut raya, brooch raya, hand bag raya, beg duit raya segala la tentang raya. Kalau boleh semua nak baru.

Tapi tahun ni takyahlah. Cukuplah aku order online selai dress labuh untuk pakai raya nanti. Ate nak melaram baju kurung pahang ke riau ke moden ke dah tak termuat dek badan. Jadi baik aku fokus untuk siapkan keperluan anak.

Nak tunggu lama-lama sangat pun bila lagi nak membeli? Lepas cuti raya nanti sekolah mesti bizi. Mana nak abiskan silibus budak, mana nak examnya, aktiviti sekolah lagi...tup tup dahhhh nak meletop dah perut ni ha.

Jadi elok lah tu kan membeli belah barang baby time raya nanti.

Itu pun kalau kedai bukak lah.

Haha.


Eh jap..tak abis lagi.

Nak mintak pandangan sikit tentang saiz baju baby.


Kalau untuk pakaian baby dalam pantang (umur baby antara 0-3 bulan) aku beli baju saiz 3-6 months okey ke?

Baju saiz newborn aku beli jugaklah 3 4 helai buat pakai hari-hari awal.

Pastu baju untuk baby umur 3-6 bulan cenggitu aku beli baju saiz 6-12 bulan. Okey ke?

Ke besar??

Mintak pendapat kamu pehliss....^_^


6 comments:

  1. makin dekat nak bersalin, makin banyak nak beli barang..akak jangn lupa makan jamu..jaga badan after bersalin yea :D

    ReplyDelete
  2. Adylia...niat nak kuruskan badan tu memang ada..tp niat nak breastfeeding anak pun ada jgk. Mungkin x sesuai makan jamu..kita guna cara lain untuk kuruskan badan boleh??

    Ceaaa..azam 2012 gitu!

    ReplyDelete
  3. my mum x kasik beli baju besar terus dia kata mengelebeh baby x selesa n buruk rupanya hahahahah. so beli baju for newborn untuk pakai seketika. beli x banyak sikit je. then baru beli utk yang 3-6 6-12. gitu.

    ReplyDelete
  4. Honey..tula, baju newborn kena beli jgk..tp xyah bebanyak lah. Lgpun baju saiz newborn ramai yang bagi sbg hadiah utk baby..*ada ke org nak bagi??*=)

    Tp dah tau dah..kata je xnak beli byk, sampai time membeli nnt mesti byk jgk dibelinya.hehe

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Hye..I'm one of ur silent reader..suke bce blog awk:) lgpon usia pregnancy kite hmpir same.me 6 bulan stgh now:p boleh tak tlg email checklist tu?emails as below:
    wansue_diesha@yahoo.com.au

    Thanks n take care:)

    Regards,
    Wan sue

    ReplyDelete
  6. Hai Anony..Thanks sudi jengah belog ni. saya dah emel dah checklist tu pada kamu. Boleh check emel. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...